PESTA BUKU BRUNEI 2016
Rabu, 24 Februari 2016
Isnin, 25 Ogos 2014
Selasa, 18 Februari 2014
Jumaat, 1 November 2013
Rabu, 30 Oktober 2013
PestaBukuBrunei2013
Buku-buku yang dilancarkan terdiri
daripada 25 tajuk buku umum, sebelas tajuk buku sastera, 12 tajuk buku
kanak-kanak yang antaranya ialah Syair Pertabalan Sultan Ahmad Tajuddin,
Cerocok Budaya Brunei, Kajian Ilmiah Syair Kenangan Karya Muda Omar
'Ali Saifuddien dan integriti dan kewibawaan dalam Perkhidmatan Awam.
Mulai tahun ini, DBP turut memberi
penghargaan dan pengiktirafan kepada buku-buku yang dihasilkan oleh
penulis-penulis tanah air dengan mengadakan 'Hadiah Buku Terlaris' (HBT)
yang dinilai daripada jualan buku-buku pada tahun 2012 yang diterbitkan
oleh penerbit-penerbit kerajaan, swasta dan orang perseorangan sama ada
dicetak di dalam atau di luar negeri.
Maksud Tema Pesta Buku Brunei 2014
“BUKU WAHANA ILMU”
Oleh: Mohd Azurin Othman
Oleh: Mohd Azurin Othman
Ilmu memberikan pencerahan kepada manusia dalam setiap tindakannya. Apa sahaja yang
dilakukan di muka bumi ini harus diikuti dengan ilmu. Kalimah al-Quran yang pertama
menekankan kepentingan ilmu melalui tuntutan membaca, iaitu “bacalah, dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan”. Untuk meraih ilmu selain daripada pendidikan formal yang
diterima, individu dan masyarakat perlu memupuk minat terhadap bahan bacaan yang bermutu.
Sikap kurang membaca dan tidak membaca luas menyebabkan kita gagal memahami keadaan
semasa yang berlaku. Jika kita kurang membaca tulisan yang lebih berakal, ia menyebabkan
berlakunya kelesuan sifat ingin tahu. Kesannya, berlaku kemalasan berfikir yang pada akhirnya
berkembang menjadi manusia yang tidak mempunyai idea, tiada inisiatif, tidak berani mencuba,
suka menunggu dan selalu mengharap segala sesuatu perubahan itu dilakukan oleh orang
lain.
Sebagai simbol pengetahuan ilmu dan belajar, buku menyajikan pelbagai disiplin ilmu yang
merangkumi isu-isu sosial, ekonomi, politik, sains dan teknikal. Lebih jauh, sebuah buku bukan
sahaja memaparkan ciri ilmiahnya, ia juga mempunyai sifat komersial iaitu kecakapannya dalam
memberikan maklumat, pendidikan dan pengetahuan, idea, pencerahan, nilai, petua, amalan, resipi,
pembangunan diri dan minda yang boleh mendorong kepada proses belajar mengajar baik secara
individu, kumpulan mahupun masyarakat. Dalam erti kata lain, buku berperanan penting sebagai
sumber maklumat dan wahana pengetahuan yang berharga yang dapat mencerdaskan minda serta
mengkonsepsikan satu hal penting iaitu hidup adalah untuk belajar, tanpa batas usia, formaliti, ruang
dan waktu. Oleh itu, bacalah tanpa titik akhir dan bacalah tanpa batas horizon.