1. Mengenalkan dan menjual buku. 2. Membuka peluang pertemuan dan interaksi bagi pengedar, penerbit, pustakawan, pencinta buku, dan masyarakat umum di bawah satu bumbung untuk meningkatkan daya apresiasi terhadap buku. 3. Memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai tajuk buku di tempat yang lebih mudah dan selesa. 4. Mengeratkan perhubungan jalinan kerjasama, hubungan perniagaan, dan bermuafakat untuk merancang strategi bagi mengembangkan industri penerbitan buku di peringkat serantau dan antarabangsa. 5. Menyediakan kemudahan lalu lintas buku dan IT serta bahan pembelajaran yang lain. 6. Memperkasa budaya membaca kepada semua lapisan masyarakat. 7. Mengembang dan meningkatkan minda melalui pembacaan dan penyertaan pelbagai kegiatan sampingan, seperti ceramah, forum, bengkel, dan dialog. 8. Memupuk sikap gemar dan suka membaca. 9. Meningkatkan kesedaran pentingnya budaya membaca bagi pembangunan bangsa dan kemajuan negara.
0 ulasan:
Catat Ulasan